Halal Guide
Mencari yang halal fardu bagi Umat Islam

 

Pelabelan halal produk makanan
Utusan Malaysia, 30 Jan 2003

Surat
Soalan:
SAYA ingin memohon penjelasan sebenar dari pihak yang berkenaan (JAIS, JAWI, Jabatan Kesihatan, dan lain-lain) mengenai barangan halal-haram di pasaran yang dikatakan mempunyai unsur-unsur kandungan lemak khinzir.

Contohnya seperti di dalam sebahagian: Ubat gigi, krim pencukur, gula-gula getah, coklat, gula-gula, biskut, bertih jagung (Corn flakes), makanan atau buah-buahan dalam tin, ubat-ubatan, vitamin dan lain-lainnya.

Penjelasan dan pengesahan halal-haram dari pihak yang bertanggungjawab ini sekurang-kurangnya akan dapat mengikis kemusykilan pada barangan yang sudahpun berada dipasaran.

Kandungan bahan-bahan dalam makanan tersebut adalah dalam kategori (E -emulsifier) :-

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327,334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Semoga diberi perhatian.

Penyampai, KL.

Jawapan:
UNTUK menjelaskan masalah yang dibangkitkan oleh pembaca di atas, pihak Utusan Malaysia telah menghubungi Bahagian Kawal Selia Pensijilan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berikut adalah keterangan yang diberikan:

Para pengguna biasanya akan meneliti senarai kandungan (ingredient) bahan yang dicatatkan pada produk, terutama bahan makanan bagi memastikan status halal haramnya.

Bagaimanapun, selalunya terdapat kekeliruan apabila pelabelan sesuatu produk menggunakan kod-kod tertentu seperti E471 dan sebagainya.

Kod tersebut membawa maksud edditives, iaitu bahan-bahan tambahan yang digunakan semasa proses penyediaan atau pengilangan sesuatu bahan makanan, terutama membabitkan pembungkusan.

Edditives antara lainnya bertindak sebagai anti foaming agent (anti buih), pewarna, penambah perisa dan penyebatian (emulsifier).

Ini selalunya digunakan ketika proses membuat kek atau coklat.

Bagaimanapun edditives tidak semestinya memberikan kesan dari segi nilai nutritif dalam makanan.

Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.

Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.

Justeru pengguna tidak perlu bimbang tentang masalah kod edditives, sekiranya sesuatu bahan makanan itu telah mendapat status label halal yang sah daripada JAKIM.

Masalah hanya timbul apabila kadang-kala terdapat pengguna yang membeli bahan makanan, terutamanya coklat dari luar negara yang tidak dapat disahkan, sama ada edditives yang digunakan berasal daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang keraguan, para pengguna disarankan agar menggunakan bahan makanan yang telah mempunyai label halal. - HELMI MOHD FOAD

 

What is Halal
Halal Guide
List of Non Halal
New Non Halal Chocolates
Welchs Fruit Snack is Pork Based
Halal Guidelines for Manufacturers - Preface
Halal Guidelines Content
Artikel Halal Haram
Pelabelan halal produk makanan
Keraguan logo halal
Halal & Haram issues in Malaysia
Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak
Isu Halal Haram
Hi5 haram?
Sushi King Haram
List produk haram
Isu Deluxe Food Sdn Bhd
Apa beza Pork Free and Halal
Isu kesahihan halal haram
Beberapa pengesahan
Starbuck haram
Malaysia Seeks to Become Islamic Halal Hub
Malaysia Launches Halal Hub
Malaysia calls for global Muslim food standards
Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang
Sijil Halal Jakim
Halal Certificate
Why should food products be certified Halal by an established Islamic Council?
What is the advantage for food manufacturers to apply for a Halal Certification?
What other significance of having a Halal Certification?
What is a consumer's attitude towards Halal foods?
What is the potential in the Halal foods market?
What are the economic values of having Halal certification?
What are the disadvantages of not getting the Halal certification?
How does Halal certification boost international trade?
Does vegetable-based food require Halal certification?
Can Halal foods be handled, prepared, processed, stored and transported from the same premises and facilities used for non-Halal foods production?
What are the other products which require the Halal Certification to gain Muslim consumers' greater confidence?
Website Zabihah
Disclaimer
Site Map