Halal Guide
Mencari yang halal fardu bagi Umat Islam

 
HALAL & HARAM ISSUES IN MALAYSIA - IMPORTANT!!
KENYATAAN MEDIA - ANGKATAN MUDA MALAYSIA
17 MAC 2005

TARIK SEMUA PRODUK YANG DIRAGUI DARI PASARAN

Angkatan Muda Malaysia memandang serius mengegani perkembangan sosej "halal" yang menggunakan usus babi sebagai sarungnya.

Ini merupakan pencabulan hak asas umat Islam untuk mendapatkan keselesaan makanan halal mengikut syariat Islam.

Menurut laporan media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa agensi berkenaan baru-baru ini yang menyerbu ke sebuah pusat memproses sosej yang berada di Selayang dan telah menemui penemuan yang menggemparkan apabila mendapati
sosej-sosej yang diproses di situ menggunakan usus babi.

Pendedahan sosej bersalutkan usus babi yang berada dalam pasaran ketika ini dianggap keterlaluan kerana jelas pihak pengusaha kilang tidak sensitif dengan sensitiviti penduduk Islam di negara ini.

Berikutan itu PPIM melalui satu siaran medianya menjelaskan bahawa enam jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah Gourmessa, Muller's Haus, Dew Fresh, Puteri, Miami Butcher House dan Maspac.

Menurut PPIM lagi, kebanyakkan jenama-jenama ini (sosej) dibekalkan kepada hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor serta di beberapa pasar raya besar di seluruh Malaysia.

Di antara pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang didapati menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah; Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa), German Delicatessen - Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh), Puteri Pan Pacific
(Puteri), Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami Butcher House), Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) dan Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac).

Antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah Palace of Golden Horses, Coffee Bean Tea Leaf, Hotel Equatorial, Ikea Cafe, dan Muller Sousage.

Angkatan Muda Malaysia mendesak tindakkan segera Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menarik segera semua produk yang diragui dari pasaran dan meminta semua restoran terbabit menghentikan penggunanan produk tersebut. Tindakkan segera ini perlu demi menjaga hak asas umat Islam untuk mendapatkan makanan halal.

Angkatan Muda Malaysia melihat perkembangan ini amat memalukan. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan makanan halal di negara ini.

Negara dan agensi yang bertanggungjawab seharusnya malu kerana dalam keadaan Malaysia begitu sibuk untuk menjuarai label produk halal akhirnya peristiwa yang memalukan berlaku dalam negara sendiri.

Kelemahan ini jelas terbukti apabila, maklumat dari Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan menyatakan pada masa ini tidak ada logi-logi di luar negara yang diiktiraf dan disahkan halal oleh Malaysia bagi membekalkan 'natural casing' atau 'collagen', tetapi hanya menggunakan bahan daripada campuran sayur-sayuran sahaja untuk menghasilkan sosej. Ini menununjukkan
perhatian yang kurang dan sambil lewa diberikan terhadap isu produk halal ini.

Ketidak seriusan kerajaan dalam isu ini dapat diperjelaskan lagi apabila laporan media hari ini
mendedahkan yang JAKIM hanya mempunyai 6 orang pegawai yang ditugaskan dalam penyeliaan label halal bagi seluruh negara. Ini satu perkara yang tidak munasahah.

Jesteru ini Angkatan Muda Malaysia mendesak untuk pihak berkenaan menarik semula produk yang diragui dari pasaran dan meminta restoran - restoran berkenaan tidak menggunakan produk meragukan.

Disamping itu umat Islam di peringatkan supaya berhati - hati dan cuba elakkan untuk membeli produk atau memasuki restoran yang meragukan.

Sesuatu harus dilakukan segera pihak yang berkenaan sama ada JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus lebih bertanggungjawab dan bukan bertindak mengikut musim.

ZARERAH HANIM MD ZAKI
Exco Angkatan Muda Malaysia
0126262929
penerangan_keadilan@yahoo.com

 

What is Halal
Halal Guide
List of Non Halal
New Non Halal Chocolates
Welchs Fruit Snack is Pork Based
Halal Guidelines for Manufacturers - Preface
Halal Guidelines Content
Artikel Halal Haram
Pelabelan halal produk makanan
Keraguan logo halal
Halal & Haram issues in Malaysia
Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak
Isu Halal Haram
Hi5 haram?
Sushi King Haram
List produk haram
Isu Deluxe Food Sdn Bhd
Apa beza Pork Free and Halal
Isu kesahihan halal haram
Beberapa pengesahan
Starbuck haram
Malaysia Seeks to Become Islamic Halal Hub
Malaysia Launches Halal Hub
Malaysia calls for global Muslim food standards
Pengakuan Chef Hotel 5 Bintang
Sijil Halal Jakim
Halal Certificate
Why should food products be certified Halal by an established Islamic Council?
What is the advantage for food manufacturers to apply for a Halal Certification?
What other significance of having a Halal Certification?
What is a consumer's attitude towards Halal foods?
What is the potential in the Halal foods market?
What are the economic values of having Halal certification?
What are the disadvantages of not getting the Halal certification?
How does Halal certification boost international trade?
Does vegetable-based food require Halal certification?
Can Halal foods be handled, prepared, processed, stored and transported from the same premises and facilities used for non-Halal foods production?
What are the other products which require the Halal Certification to gain Muslim consumers' greater confidence?
Website Zabihah
Disclaimer
Site Map