| |
1. Saya mendapat email yg menyatakan product berikut adlah tidak halal kerana mengandungi lemak babi.
1. pringles - potato chips
2. dove - semua product dove
Boleh pihak jakim berikan pengesahan samada product tersebut benar2 tidak halal digunakan oleh org islam..
Terima kasih
Jawapan: Kedua-dua produk dove dan pringles tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM kerana kedua-duanya adalah barangan import walau bagaimana pun tindakan akan diambil untuk memastikan hal sebenar perkara ini. 04 November 2004
2. Banyak masakan pada hari ini menggunakan gelatin. Apakah gelatin halal?
Gelatin adalah bahan yang diperbuat sama ada dari khinzir atau lembu, gelatin yang berasaskan lembu disebut sebagai beef bovine, persoalannya ialah sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin. Di Malaysia, JAKIM hanya menerima gelatin yang dibekalkan oleh Sya. HalalGel dan Hagecaps sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak. 03 November 2004
3. Assalamualaikum dan saya ingin merujuk kepada mesej yang saya terima tentang yang disampaikan samaada benar atau khabar palsu kerana saya adalah pelanggan tetap salah sebuah cafe tersebut.
Mesej tersrbut adalah seperti dibawah:-
Jangan minum di Coffee Bean dan Starbuck HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends.
Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut. 03 November 2004
4. Assalamualaikum.
Saya ada menerima beberapa email yg menyatakan bahawa untuk membuat sausage ayam, daging dan fish ball supaya kental dan licin ianya telah dicampurkan dengan minyak babi. Apakah penyataan ini benar dan adakah product Ramli Burger dan Ayamas boleh dipercayai? Bagaimanapula dengan fish ball? pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM. 19 October 2004
5. Assalamualaikum, Adakah produk yang menggunakan logo halal negeri sah digunakan?(seperti produk makanan ringan jenama APOLLO).Saya berasa ragu-ragu kerana setahu saya produk makanan halal akan menggunakan logo halal dari JAKIM, bukan dari Jabatan Agama Negeri.
Pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengeluarkan sijil pengesahan halal di Malaysia ialah JAKIM dan setiap Jabatan Agama Islam Negeri. Dengan itu mana-mana produk yang menggunakan logo halal negeri adalah halal dan standard yang digunakan oleh JAIN untuk pengesahan halal adalah sama dengan standard yang digunakan oleh JAKIM. 18 October 2004
6. Assalammualaikum,
Saya ingin menyemak sijil Halal yg dipamerkan oleh operator kantin ditempat saya, Q1: Bagi sesebuah premis penyediaan makanan (cafe) adakah memadai dengan mengemukakan sijil penyembelihan? Bagaimana kita memastikan ayam sembelihan oleh penama lesen dibekalkan kepada tuan punya kantin? Q2:Sijil Halal = Sijil menyembelih ayam dipamerkan = (B)B93/311/ (tidak kelihatan nombor)/200/018
Adakan terdapat sijil yg sedemikian ruap dan tarikh luput = 2005.
Sekian Wassalam bagi premis makanan adalah tidak memadai dengan hanya mempamerkan sijil penyembelihan sahaja kerana telah banyak berlaku penipuan/ pemalsuan logo halal dengan hanya mempamerkan sijil penyembelih yang telah tamat tarikh atau penyembelih yang sudah berhenti/bertukar di tempat penyembelihan. sijil pengesahan halal dan sijil penyembelih adalah dua sijil yang berbeza. Premis yang mempamerkan sijil penyembelihan belum tentu ianya adalah premis yang halal kerana terdapat juga premis yang menjual bahan makanan/minuman yang tidak halal, tetapi sijil pengesahan halal adalah bermaksud keseluruhan premis itu adalah halal meliputi sehingga kepada pembekal bahan mentah, semuanya halal. Sijil penyembelihan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)kerana pihak JAIN yang mengadakan kursus penyembelihan yang betul mengikut syarak kepada mereka yang berminat untuk berkhidmat sebagai tukang sembelih. Sijil penyembelihan ini hanya boleh dipamerkan di tempat penyembelihan sahaja bukan di premis makanan. Apabila sesuatu premis makanan mempamerkan sijil penyembelihan sebagai menandakan bahawa premisnya adalah halal, itu adalah satu kesalahan penyalahgunaan logo halal/pemalsuan logo halal. 18 October 2004
7. Assalamualaikum Tuan,
Sukacita sekiranya pihak tuan dapat mengesahkan sama ada pihak berkuasa berikut iaitu 'Halal Certification Authority, Australia' diiktiraf oleh JAKIM. Logo pihak berkuasa ini didapati contohnya pada cokelat SNICKERS buatan Australia iaitu Mars Confectionery of Australia, Ring Road, Ballarat, Victoria 3350, Australia. Cokelat ini diimpot oleh DKSH Marketing Services Sdn. Bhd., 1 Jalan 205, 46050 Petaling Jaya, Selangor.
Sekian terima kasih. Halal Certification Authority Australia adalah bukan badan islam yang berdaftar dengan JAKIM yang layak memberi pengesahan halal untuk produk yang dibawa masuk ke Malaysia. 15 October 2004
8. Assalamualaikum,
Tuan, saya sering menerima email yang menyatakan bahawa "These Emulsiers are HARAM , 120, 141, 160(A), 161, 252 300, 301, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472 (A.E), 474, 475, 476, 477, 481, 482, 483, 491, 492, 494 , 542, 570, 572, 635, 920, RENNET IN CHEESE OF ANIMAL ORIGIN IS HARAM TOO UNLESS OTHERWISE STATED." Adakah ini benar? Banyak makanan yang dijual di supermarket mengandungi bahan-bahan di atas.
Satu lagi, terdapat banyak pinggan mangkuk jenis bone china dijual di Malaysia, bolehkah orang Islam menggunakannya, sebab setahu saya pinggan mangkuk jenis ini mengandungi tulang binatang dan jkalau ianya barangan import, adakah tulang yg digunakan datang daripada binatang yang halal?
Harap pihak tuan dapat menjelaskan perkara di atas.
Terima Kasih. Wassalam assalamualaikum, untuk makluman, bagi bahan makanan/perasa/emulsifier yang bertanda e-coded seperti E 471, E 122 dan lain-lain adalah berkemungkinan ianya haram atau halal dengan merujuk terlebih dahulu kepada sumber yang digunakan dalam penghasilan bahan-bahan tersebut. Merujuk kepada E 471 (bahan emulsifier makanan), ia mempunyai 2 kemungkinan iaitu boleh diperbuat dari bahan yang halal atau haram. Oleh sebab itu bagi sesetengah makanan yang diperbuat di Malaysia, yang telah disahkan halal oleh JAKIM tetapi terdapat penggunaan E471, diharap para pengguna tidak panik kerana JAKIM telah memastikan bahawa bahan tersebut adalah bersumberkan kepada bahan yang halal. Emulsifier 471 boleh diperbuat dari sumber lemak haiwan dan sumber lemak tumbuhan, bagi produk import atau luar negara, pengguna Muslim perlulah berhati-hati kerana tidak ada pengesahan yang dapat dibuat bagi menentukan kehalalan bahan tersebut, tetapi selagi produk itu diperbuat di Malaysia dan telah mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah produk/bahan tersebut telah dikenal pasti dari sumber yang halal walau pun menggunakan kod yang sama dengan bahan yang dikhuatiri haram. 29 September 2004
9. Assalamualaikum. Baru-baru ini saya dan rakan-rakan menerima e-mel menyenaraikan bahan-bahan yang dikatakan haram digunakan di dalam makanan terutamanya makanan ringan. Antara bahan-bahannya ialah bahn E-110 dan siri-siri E yang lain. Saya ke pasaraya baru-baru ini dan membelek makanan ringan "Super Ring" keluaran Oriental Food Industries. Bungkusan makanan ringan tersebut mempunyai logo HALAL tetapi di isi kandungan makanan ringan tersebut tertera E-110. Apakah makan ini benar-benar halal? Syarikat yang mengeluarkan makan ini juga tidak tersenarai di dalam nama-nama syarikat yang mendapat sijil hahal dari JAKIM. Diharapkan pihak tuan dapat menyelidik masalah ini bagi mengelakkan lebih ramai orang yang akan terpedaya. Sekian, terima kasih. E110 adalah kod untuk bahan pewarna makanan untuk warna kuning ( colouring - sunset yellow, orange yellow,yellow 6), ia boleh memberi kesan allergi bagi yang sensitif dengan bahan tersebut. Untuk makluman, sistem E-Coded digunakan sebagai satu sistem antarabangsa untuk food addittive ( bahan tambahan untuk makanan - sama ada ianya adalah bahan perasa, bahan pewarna atau bahan awet) Sebahagian besar food additive ini ada yang bersifat bahan natural seperti garam dan gula, ada dihasilkan dari bahan kimia seperti bahan awetan (sodium benzoate - E211), ada yang dihasilkan dari bahagian tumbuhan dan haiwan ( E471- Mono - and diglycerides of fatty acids, glycerel monostearate, glyceryl distearate - bahan emulsifier, penstabil makanan - boleh dihasilkan sama ada dari lemak haiwan atau pun lemak tumbuhan). Sebenarnya terdapat beratus-ratus bahan tambahan makanan yang menggunakan E- coded dalam industri penghasilan produk makanan. Apabila sesuatu produk/ syarikat yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM tetapi tertera mana-mana E-coded pada pembungkusan produk itu bermakna pihak JAKIM telah mengenalpasti bahawa bahan yang digunakan itu adalah bukan dari bahan yang haram, contohnya E471, JAKIM telah mengenal pasti bahawa emulsifier yang digunakan itu adalah berasal dari tumbuhan ( soya atau kelapa sawit ). Selagi produk tersebut adalah produk tempatan dan mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah bahan yang digunakan itu telah benar-benar dikenal pasti kehalalannya tetapi sekiranya berada di luar negara atau produk import maka perlulah berhati-hati kerana JAKIM tidak membuat pemeriksaan ke atas bahan-bahan yang digunakan itu. Boleh jadi ianya adalah dari bahan yang haram atau syubhah. 28 September 2004
10. Assalamualaikum. Dari laman web ini, saya tidak dapat mencari senarai kandungan makanan yang haram, cth: emulsifiers. Saya ada membeli coklat yang ada logo halal JAKIM dan mengandungi E476. Tetapi dimaklumkan E476 adalah haram. Adakah produk syarikat (Beryl's) ini termasuk dalam senarai halal JAKIM? Jika tiada, bagaimana dengan penggunaan logo halal tersebut? Juga dicadangkan menyenaraikan kandungan makanan yang haram dalam web ini. Harap dapat penjelasan. Terima kasih. assalamualaikum, untuk makluman coklat berjenama Beryl's memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala emulsifier yang digunakan oleh syarikat ini adalah emulsifier yang telah dipastikan oleh pegawai teknologi makanan JAKIM adalah bersumberkan kepada tumbuhan (bahan yang halal) dan bukannya bersumberkan haiwan. Pengeluar coklat terbabit memang telah mendapat kelulusan untuk menggunakan logo halal JAKIM.
|
|
|